Friday 13 May 2011

Belaian Jiwa...

Sebak, pilu, merintih kerana rindukan seseorg.. Rindukan masa silam. Sepi rasanya hati ini bila tiada disisi. Kecewa yang dirasa bila apa yang berlaku tidak seperti yang diinginkan. Sunyi rasanya bila kehilangan hati kerana dicuri. Saat itu, aku memerlukan seseorang yang boleh mengubati kepedihan ini. Aku ingin berada disamping mereka tapi aku takut mereka akan mengesyaki kesakitan ini kerana aku tidak mahu mereka mengetahuinya. Lalu aku membiarkan duka dan luka ini bertemu dan menghayati segala lara ini.. Ahhh aku pasrah..

Seindah tiada lagi kau kuingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Oh angin sampaikan laguku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah laguku jadi teman hidupmu
Untuk selamanya

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Aku berperang dgn jiwaku sendiri. Aku melawan kata hatiku. Tapi sebenarnye aku melayan kerenah perasaanku. Perlukah aku laluinya lg? Aku sunyi.. Aku rindukan belaian itu. Aku perlu ditemani dgn rase kasih sayang. Bila aku dtg dikau pergi. Bila aku ade dikau hilang. Tapi kenape masih bersatu? Kenapa aku dibiarkan sebegini? Hanya kerana aku tidak mampu? Bukan kehendakku... bukan...
Oh tuhanku, jika inilah balasan dosaku sebelum ini, aku menerimanya dgn redha. Kau berilah aku kekuatan utk menghadapinya. Aku harus tabah dan tenang.

Friday 6 May 2011

SABAR

Ermm lama jugak aku x update blogku ini. Sebenarnye mcm2 yg jadi pd aku. Tapi aku xde kekuatan utk memulakan jari2 ku ini utk memulakan bicara. Mungkin pada ketika ini aku terpaksa meluahkan bagi meredakan rasa yg sgt bara, kecewa, marah, geram dan sedih.
Aku bekerja mkn gaji di sebuah company yg agak kukuh dan membangun. Struktur pengurusan dan aliran kewangan amat kuat dan menbesar. Pd mula aku diberi offer utk bekerja disyarikat ini aku rase sgt bangga. Apatah lg, mase aku dtg interview aku pg ngn mak aku. Dan masa tu jugak aku diberitahu yg aku diterima keje ni. Rata2 staff kat office nih berbilang bangsa malah mat salleh pun ade. So bole dikatakan ini adalah multinational company. Aku ditempatkan dibahagian atau department MARINE. oh lupa plak nature bisnes company aku keje nih adalah Oil and gas dan Underwater specialist. Company nih mempunyai 3 kapal diving, 4 kapal chartered and 1 kapal baru (company punye sndiri) akan masuk dlm bln jun nih. Balik pd keje aku k.. Marine dept adalah nadi company nih dimana dept nih menguruskan keseluruhan kapal. Setiap dept mampunyai HOD. Dan HOD aku adalah berbangsa bukan melayu.
Terus terang la, aku tak happy keje kat sini. Aku sengsara...
Btol.. aku dpt increament, bonus tapi aku dimaki seperti anjing.. tu je yg bole aku ckp. setiap saat aku dicari kesalahan. Xde kata2 semangat. xde gurauan. Xde keceriaan. Segalanya tidak begitu indah utk aku. Jadi, apa guna aku dpt kenaikan gaji dan bonus??? Kenaikan gaji dan bonus hanya berlaku sekali dlm setahun. Tapi Aku bekerja selama 9 jam dlm sehari. Dan dlm 9 jam itulah hati aku tidak pernah tenteran bila 'die' ade. Tak penah tenang.. yg dpt hanya la sakit.
Sampai bila aku kene mcm nih????