Friday, 16 November 2012

Mungkin nanti

Tu la.. gatal sgt tangan ni nak stalker fb dier. Last2 langsung ko xleh lupe. Ingatanku terlalu kuat kini hanya pada die. Rindukah aku pd dier. Cemburu kah aku pd kebahagiaan die? ermm kelihatan die sgt bahagia dgn mempunyai 2 cahaya mata dlm setahun je beza. 10 tahun bercinta kini sepi tanpa berita. Pernah ku cuba hubungi dirinya dikala dier diam dan sepi rupanya dier telah menukar no yg lain. Aku pernah baca status YM die mengatakan Aku sayang keluargaku. Aku tau dier tujukan pd diriku. Sememangnya aku tidak mencarinya lg. Biasanya dier yang selalu mencari dan menghubungiku. Walaubagaimanapun, aku masih pegang kata2nya. Yang die tetap menyayangiku dan akan sentiasa mengingatiku walaupun dr awal lg kami sememangnya tiada jodoh. Kami tau akhirnya kami akan membawa bahtera sendiri. Itula amanatnya dan ingatan buat diriku. Dan aku hanya memegang sebagai kata2 terindah dan menjadi kenangan sampai bila2. Munkin nanti kini terlerai.......

Thursday, 20 September 2012

feninglahh

Aku ni xde niat pun nak aib kan sesapa. Apatah lagi melibatkan suami tercinta dan ianya jugak adalah masalah rumahtangga. Aku sebenarnye da x tau nak wat cemana. Dah x tau nak refer kat sape. masalah yang aku hadapi adalah suami aku xnk temankan aku g tgk wayang. Dgr mcm alaa simple je. Tapi lama2 jenuh gak. Dah la xnk tgk wyg g bercuti pun xnk. Aku rase last g bercuti pun 5 year ago. Aku ngn en suami nih da mcm teman serumah je. Nothing happen between us. Boring la jugak. Tapi sepatutnya cubalah eratkan bukan jauhkan. Ntah laa... hambar rasanya. Mmg la die x kisah aku kuar ke ape. Die sndr yg suruh aku g tgk wyg ngn org lain. Tapi ikhlasnya aku nak bersama suami. nak menangis? hmmm x yah ckp laa. Mata nih x penah kering. Aku xkn menangis depan org. Tapi aku selalu menangis sbb aku selalu menyendiri. Ade kwn ckp.. Ira, u need do something for ur marriage.. Cemana? aku xde jwpn. Nak bincang? dah.. talk slowly.. pun dah. pujuk? hmmm mesti la dah. aku hanya nak luangkan masa bersama. tapi hampeh. jwpn x penah positif. asik decline sesaje. org kata sabar. hmmm sabar la nih. sabar smpi da x tau nak sabar dah. Honestly, tu la yg aku alami skrg. Sabar smpi da x tau nak wat ape.

Monday, 17 September 2012

Demi kasih...

fikiranku dan anak suaraku sentiasa bermain dengan lagu Muara Hati nyanyian Siti Nurhaliza fea Hafiz. Lagu tu amat menusuk hati aku. Tambah plak lagu tu adalah soundtrack drama Adam dan Hawa yang ditayangkan di Mustika HD ketika ini. Aku terlalu meminat drama ini sbb aku sendiri meminati novel Adam & Hawa dr penulis Aisya Sofea. Dalam waktu yang sama aku memikirkan kisah cinta suamiku. Nasib kami x la sama dlm kisah novel tersebut. Tapi siapa yang x inginkan perhatian suami seperti itu. Kisah kami x sama langsung. Tapi mungkin emosi sedih, celaru kecewa yang membuatkan aku terlalu emosi. Tak perlu la aku ceritakan sgt tentang kisah rumahtangga aku. Ape yg boleh ianya tidak seindah yang disangka. Tapi demi kasih aku harus sabar. Sabar selagi boleh. Mohon diberi petunjuk dr Yang Esa. Mood : EMO sgttt

Monday, 20 February 2012

Ayah....

Lame aku tinggalkan blog ni. Byk sgt pahit yg berlaku dalam hidupku. Ayahku baru je meninggalkan aku dan keluarga pada tanggal 26 Dis 2011. Ssselepas pada tu hidup aku agak sepi. Aku bagai tiada gelaran isteri. Bagai hilang gelaran seorang anak. Aku x tak pasti bagaimana kehidupan aku seterusnya. Nanti la aku ceritakan kenapa aku jadi begini. Tapi ape yang aku tau aku perlu kuat. Kuat dari segalanya.
Namun sekuat mana aku. Aku x bole lenyapkan perasaan kasih dan rindu aku pada ayah. Ayah adalah segalanya buat aku. Dia tempat aku bergantung. Walau aku tidak luahkan segalanya pd ayah tapi naluri ayah terlalu kuat pada aku. Dia bagaikan ade perasaan seorg ibu. Walaupun aku masih ade mak. Tapi aku lebih rapat dengan ayah. Segalanya ayah...
Banyak penyesalan aku pada ayah. Ya allah.. ampun dosa aku pada ayah. Dan ampun segala dosa ayahku... Berilah rahmat ke atas dirinya.

Ayah,
Kadang2 ira lupa yang ayah dah tiada. Ira cuba beri kekuatan pada diri ini tapi sebenarnye ira lemah ayah. Ira rindukan ayah. Ira teringinnak bercakap dengan ayah. Nak peluk ayah. Nak cium pipi ayah. Ya allah... aku terlalu rindukan ayahku..