Tuesday 25 January 2011

Hanya Ingin Kau Tahu

Terasa sunyi di hati ketika ini. Aku rindukan tangisan baby. Ingin memeluk dan bermanja dgn baby ku sendiri. Tapi bilakah ianya akan berlaku? Ya Allah, kurniakanlah zuriat buatku dan suami. Sesungguhnya zuriat yang dinanti amatlah bermakna buat kami. Lengkaplah kehidupan kami Ya Allah... Bantulah hamba ini yang naif dan kesunyian. Kuatkanlah semangatku dan suami.. Demimu Ya Allah yang Maha Pemurah lagu Maha Mengasihani..

Kepada En S,
Aku berubah demi rumahtangga kite. Aku pasrah dgn takdirku. Aku mencuba dr bawah. Walaupun terasa berat kupikul dan ku alami, tapi aku sentiasa berdoa dan yakin akan kekuasaan Allah, aku mampu melakukannya demi Allah yang Satu. Ku lakukan dgn ikhlas hati asalkan ku meraih kebahagiaan drmu wahai En S. Aku sangat berharap dikau juga bersabar dan pelihara cinta dan kasih kita bersama.

En S,
Tahukah dikau yang aku amat kecil hati dan terasa dgn niatmu yang pernah ingin meninggalkanku atas kerana aku tidak memberimu zuriat. Hanya kerana aku gemuk,, dikau menyalahkanku. Tapi tahukah dikau yang diriku amat memerlukan belaian dan dorongan drmu. Tanpa dirimu, aku tidak mampu melakukannya. Tapi kenapa diriku seorang yang dikau salahkan??? Bukankah kita sepatutnya bersama2 memikulnya. Dikau hanya memendam rase tapi setelah itu dikau membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dikau lakukan. Lalu, atas menutup kesalahanmu itu, dikau mempergunakan ketidakupayaanku sebagai alasan. Sampai hatimu wahai En S...

Aku mencari kebahagiaan utkku sendiri.Aku menuju dan mendaki kebahagiaan diriku atas kemampuanku sendiri. Tapi mampukah diriku sampai kepuncak? Aku tidak putus berdoa semoga aku dikuatkan semangat. Permudahkan keinginanku.

Friday 21 January 2011

Guilty

Jarang skali aku menolak pelawaan org tue ku pergi kemana2. Walaupun aku telah bergelar isteri, aku masih mengikuti org tueku kemana sahaja atas beberapa sebab. Walau ape pun sbbnya, bersama mereka lah sentiasa membuat aku rasa tenang dan selamat. Kadang2 aku sendiri lupa yang aku telah bergelar isteri kerana mereka sentiasa melayaniku seperti anak yang belum berkahwin. Aapa sahaja kemauhanku sentiasa dituruti. Bukan kerana kebendaan yang menjadi kesenanganku tapi bersama mereka lah bagiku kehidupan menjadi lengkap. Sayang, aku masih belum mampu memberi mereka cucu. Aku tau mereka terlalu menginginkannya tapi mereka tidak pernah mendesakku malah memahami keadaanku.

Friday 14 January 2011

Cintai Aku Sepenuh Hatimu

Cinta Satu perkataan yang amat simbolik. Hanya melalui perasaan saje yang menggambarkan indah atau peritnya cinta.

Sunday 2 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat tinggal 2010..
Terlalu banyak kenangan pahit dari manis yg berlaku pd diriku di thn 2010. Biarlah kenangan itu berlalu pergi dan berharap ianya tidak berulang di thn baru ini. InsyaAllah...

Dan yang pasti pemergian nendaku Hajjah Yang Kalsom Binti Jamaludin adalah sesuatu perkara yang x mungkin kembali. Pemergian beliau pd 16 Nov 2010 iaitu sehari sebelom kita menyambut Haru Raya Haji teramat dirasai oleh kami sekeluarga. Amat besar impak yang diberi pada aku dan keluarga kerana dia lah satu2 nya org tua yang kami ada selain dari ibu bapa dan saudara-mara. Beliau meninggalkan kami di saat yang tidak dijangka. Semoga Allah memberi rahmat ke atas roh beliau dan dilapangkan kuburnya di samping orang2 yang beriman. Amin.. Al-Fatihah!

Welcome 2011