Sunday 27 March 2011

Penat tapi best

Hari ini adalah majlis berlangsungnya persandingan anak sepupu mak aku, CMP anaknya Sheila di dewan komuniti manjalara. Aku ditugaskan memberi lauk bersama ngn maid andak aku. Sambil hidang sambil makan. Hahaha... Boleh dikatakan seluruh family mak aku turun berkerjasama dalam majlis ini. Kami bagai 1 team keluaga yang mesra. Pdhal klau nak ikutkan family sebelah mak aku ini (sebelah atuk) jarang mesra dan berjumpa. Tapi CMP nih la yang menjadi nadi penghubung dan penyatuan seluruh keluarga sebelah atuk. Tu yg majlis ini dirai dan sambutan sangat meriah. Kami semua menjalankan kerja dengan baik dan yang paling penting ukhwah yang dibina menjadi erat. Aku pun x sangka aku da ada anak buah yang ramai dan besar2 belaka. Tapi deme idak ler manggil aku 'makyong' atau anak buah yg ada biasa panggil aku 'mummy yong'. Ah x kisah la tu sume. Janji kenal sedara.
Mak ayah aku plak menjadi penyambut. Kira salah sorg org kuat majlis nih jugak lah. Tp x ramai yg diperkenalkan sedara kat aku. Biasanya aku akan diheret sama supaya kenal sedara. Tapikan aku ade keje. hehe
Masa berlalu ke petang. Majlis pun berakhir. Yg tinggal sume sanak sedara terdekat bagi sesi bergambar. Keje akupun da abes. Kami pun dok sembang2.
Ramai gak la sedara2 sebelah mak aku ni yg anggap aku nih x kawen lg. Ahakss ade rupe org x kawen ke atau muke x laku? Cittt!! Tapi bila aku ckp yg aku da kawen 7 thn sume terkejut. soklan seterusnya mesti la anak beb.. Bila aku ckp blom ada rezeki ramai yg bg positif komen. Aku ok jer..
Nih ada 1 part. Ada seseorg yg memehatikan aku kot. Sbb die kata aku ngn hb aku nih loving couple. Hahaha.. klakar je. Tapi alhamdulilah la kan. Yg dok perhatikan aku nih adalah anak buah aku. Tapi da beso la beb. Bila aku ckp aku da kawen 7 thn die sgt impress. Dia perhatikan kami sejak dari sheila bertunang lg. Aku pun x ingat sebenarnye. Dia pk kan yg kami nih baru kawen. Pdhal da lama daa.. So aku pun td hanya sekadar cerita biasa la. Pkr nih mmg lama tau. Hahaha.. Kami mmg nampak loving n romantis. Thanks la yer.. Doakan yg terbaik buat kami je.. Amin
Balik umah je apalg letak kepala kat bantal then krooohhhh krohhh... hehehe

Thursday 24 March 2011

Hati ini...

Sejak 2-3 hari ini hati ini sering terusik dengan permainan perasaan. Dimana punca dan pengakhiran permainan ini tidak ku temui. Lalu aku hanya meneruskan percaturan ini dengan 1001 rasa.
Adakala aku gembira tetapi senangnye dtg kesedihan. Kdgkala aku terlalu sedih dengan tanpa disedari bercucuran airmata namun hadirnya rasa bahagia disekelumit jiwa. Senangnya kutemui rasa marah bersama2 rasa benci tapi sayang cepat menakluk kasih yg ada. Cinta datang dan pergi. Tapi kenapa?
Aku adalah mangsa pada perasaan aku sendiri. Jiwaku telah lama luka. Luka yg amat dalam dengan xde sapa yang sudi mengubatinya. Aku laluinya dengan bertongkatkan kasih yg ada. Ku langkahi setiap kelopak luka dengan cinta yang mendalam. Ku harunginya dengan berselindung disebalik wajah yang ceria. Ku cuba tanamkan cinta dan kasih sedalam yang boleh agar aku terus berbakti dan harungi kelukaan ini. Bantulah aku wahai kasih dan sayang. Hanya engkau yg mampu.. Tabahkan hati ini agar terus berdayung dilautan luka ini.
Pergilah kau benci.. Jauhkan dirimu dalam kasih sayang ini.. Berilah peluang pada kebahagian utk diriku kecapi buat seketika. Mainkan perananmu Cinta.. Hargailah Cinta bersulamkan kasih. Aku terlalu rindukan kasih, cinta dan sayang.. Dtglah kepadaku.. Berikan rasa kebahagiaan dalam cinta ini..

Tuesday 22 March 2011

Beginikah nasibku???

Setiap hari aku dimarah, dimaki dan diherdik. mengapakah sume ini perlu terjadi pada diriku? Adakah besar salahku sehingga aku menerima habuan yang bermakna ini? Perluke setiap soalan yang diajukan dimulakan tengkingan dan pekikan yang amat nyaring?
Aku terlalu bahagia, ceria dan gembira bila dier tiade. Langkahku amat laju utk menyara hidupku. Pagiku begitu indah buatku. Malah mlmnye seaakan tidak sabar menjelma si pagi. Tapi bile dier ade, kakiku lemah. Langkah seaakan mati. Hidup penuh ketakutan dan cemas.

Adakah ini yang harus kuterima sehingga aku mati???

Setiap soalan boleh diajukan dengan baik kan?

Setiap kata2 boleh dimulakan dengan baik kan?

Setiap org melakukan kesilapan kan?

Setiap org adalah sama kan darjatnya?

Jadi, kenapa aku dilayan seperti ini???? Kenapa?

Wednesday 9 March 2011

Betty Sham a.k.a bhulat

Ya Allah...
Selepas aku post entry aku yg sblm nih.. Aku tergerak utk baca blog yg aku follow termasuklah kawan aku nih.. Lagi menjurai2 aku menangis baca blognya yang bertajuk "DIA KU". AKu tau xde niat utk die tujukan pd sesiapa atau sememangnya die tuju kan pd seseorg tapi hakikatnya doa yg die pohon amat lah menyentuh hati aku. Mungkin di kala ini aku mmg tgh berduka dan pilu. Aku menganggap doa tersebut adalah utkku juga. Thanks Betty..
Dikesempatan ini aku mengucapkan jutaan terima kasih kerana ko slalu menjadi pendengar masalah aku. Itu lebih mencukupi buatku. Aku harap ko ikhlas menjadi kawan aku dan jujur pada pada setiap yang kita lakukan. Begitu juga aku..
And.... Happy birthday to u.. :)


http://bhulat.blogspot.com/2011/03/doaku.html

Frust lagii..:(

Bilakah semua ini akan berakhir??? Nape x sudah2 aku diuji sebegini?
Ya Allah.. Bantulah hambamu ini. Berilah petunjuk buatku...
Ampunkanlah dosaku ya Allah.. Berilah keredhaan Mu kepadaku ya Allah..
Sesungguhnya dugaan yang mendatang ibarat tiada noktah buatku..
Ringgankanlah kesengsaraanku ini Ya Allah..
Beratkanlah iman dalam diriku.. Aku memohon petunjukmu Ya Allah..
Berikanlah aku kekuatan utk mengharungi segala dugaanmu...
Amin Ya rabbal alamin..

Thursday 3 March 2011

Universal Studio, Pulau Sentosa, Singapore

InsyaAllah esok pas keje aku akan bergerak ke Jb g umah maksu aku. Maksu aku nih adalah adik bongsu ayah aku. Panggil pun maksu dah tentu la bongsu. Mcm blog aku yg lepas tajuk "GUILTY" aku bercerita pasal x join mak ngn ayah aku berjalan. Yeayyy!! kali nih aku tetap akan ikut. Ye lah.. sapa nak jd driver diorg kan. Ahh tu sume alasan je yang penting aku dpt bercuti ngn diorg. Syokk beb!! Hb aku?? Dia cam biase akan beri 1001 alasan. Ermm x kisahla janji die izinkan aku. Lagipun aku g pun ngn parent aku sendiri.
Aku mmg exited klau kata nak g JB. Maybe sbb Maksu aku yang aku mmg dah anggap cam Mak aku sendiri. Kedua, aku mmg kaki jalan. Ketiga, sbb mak ayah aku akan sponsor aku semuanya.. hehehe.. keempat, dah tentu la ape aku nak sume mak ayah aku akan bg. Hahaha.. Kelima dan yg penting skali mak aku nak g Universal Studio.. Yihaaa!!!

Wednesday 2 March 2011

Hampir 7 tahun bergelar ISTERI

13th March 2011 genap 7 thn perkahwinan ku dan suami. Terlalu byk dugaan dan cabaran ku tempuh sebagai seorang isteri. Yes!! Semua para isteri d dunia ini menghadapi dugaan sama cam aku. KOrang yang bergelar isteri harus berbangga bukan kerana korang laku dipinang suami tapi tanggungjawab tu yg perlu dihargai. Korang setuju tak klau aku katakan tanggungjawab isteri lagi berat dari suami? Aku rase korang patut setuju bukan sbb aku juga Isteri begitu juga korang tapi kerana koranglah yang harus membentukkan sesebuah perkahwinan menjadi aman bahagia dan damai. Ya! Suami korg akan tanggung segala dosa korang tapi korang la yang sepatutnya menjadikan suami korang tak tertanggung dosa tersebut. SEnang kata, klau dah suami yang tanggung dosa korang kirenya korang pun berdosa gak la sbb buat suami korg tanggung dosa korang. Tul x?
Setiap perkahwinan mesti ada pahit dan manisnya. Bila korg yang x berkahwin lagi, korang mesti rase sepi kan sbb korang x berteman tapi pada yang dah berkahwin nih, bagaimana plak masih rasa kesepian? Yes.. Aku sepi tanpa zuriat. Aku masih belom dikurniakan cahaya mata. Oleh sebab itu, perkahwinan aku rase hambar. Aku dah lama menantikan saat menjadi ibu. Apatah lg aku sangat disenangi oleh bdk2 kecil. Korang nak tau x? Aku sampai dah rase tawar hati. Aku sedih sgt bila nampak baby org lain. X kire la terserempak kat kedai ke, pasar mlm ke.. Hati aku tetibe je berubah angin. Sayu sgt.. Aku aku berkata "Nape bukan aku yang dukung bayi tersebut?" "Nape aku belom merasai nikmat menjadi ibu?"
Aku ada sorg anak buah. Anak sepupu aku. Umurnya skrg dlm 2 thn lebih. Petah berkata2. Dia panggil aku Mummy Yong.. Kami bukan la selalu sgt berjumpa tapi bila berjumpa akan mesra. Dia pasti akan dtg padaku utk bercerita. Tak kire la apa saje. Makcik2 and pakcik2 sedaranya (cousin2 aku la) semua slalu amik perhatian dr die. Mungkin sbb die sorg anak buah kami yg ada. Nak tgu dr aku lambat katanya. Tapi yang pastinya anak buah aku amat mesra dgn aku.
Jadi, bilakah harus ku bergelar Isteri dan Ibu?
Ya Allah, perkenankan doaku..