Saturday 26 February 2011

Cinta dan Sahabat 2

Hubungan aku, Romi dan Julie berterusan seperti biasa. Malah aku ngan Romi semakin rapat kerana Julie telah melanjutkan pelajaran ke luar negeri (dlm mesia gak.. hehee). Aku pula hanya melanjtkan pelajaran di sekitar lembah kelang. Jadi itu yg aku ngan Romi rapat seperti biasa. Bila dah di tempat baru, aku telah berkenalan dgn seseorg. Romi tau tapi x pernah kenal kenalan baru aku. Romi tidak melanjutkan pelajaran tapi terus bekerja bagi menempuh kehidupan remaja sepertikami ketika itu. Nak dijadikan cerita, aku ngn BF (sekadar gelaran) juga mula rapat. BF tau aku ada Teman Tapi Mesra dgn Romi. Die juga tau aku ngn Romi akan bersama tidak kire siang atau mlm atau tgh mlm. Suati hari, kepala aku serabut dgn masalah yang aku alami. Aku call Romi utk memberitahu masalah aku. Romi ketika itu sedang bekerja (mlm) dan berjanji akan dtg jumpa aku selepas habis waktu keje lebih kurang jam 12 mlm. Aku beritahu BF yang aku akan berjumpa ngn Romi jam 12. BF melarang aku berjumpa Romi dgn alasan dah lewat mlm. Aku marah sgt pd Bf sbb die halang aku jumpa Romi namun Bf tetap dgn ketegasannya menghalang aku jumpa Romi. Dgn beri ugutan "Jika awk jumpa Romi, awk jgn kawan dgn sy lg". Aku buntu.. Ini adalah kali pertama aku berkawan serius dgn seseorg. Jika aku memilih Romi, Romi ada Julie. Tapi aku? Jadi, aku memilih BF. Lalu aku hubungi Romi tapi Romi tidak jawab call. Rupanya die dlm perjalanan dtg berjumpa aku dirumah. Ohh tidakkk!! Jika aku tidak keluar, pasti Romi marah dan kecewa. Sedangkan die begitu bersemangat dtg jumpa aku dgn meminta izin dr ketuanya utk pulang awal dan bersama aku. Dia cukup risau pd aku tapi aku tidak keluar dan berjumpanya. Die tgu lama didepan rumah aku. Aku halaunya balik dgn mengatakan Jgn Jumpa Aku Lg. Aku menangis.. Aku korbankan kasih aku pd Romi kerana BF dan juga Julie. Sebenarnya, dah byk kali aku cuba berpisah dgn Romi tapi Romi berjaya memujuk aku. Kali ini, aku mainkan peranan aku skali lg. Berkorban demi Julie. Ikhlas, BF adalah sandaran. Sebetulnya, aku nak die fikirkan Julie seorg. Selepas mlm tu, aku ngn Romi tidak lagi berhubung malah Romi ngn Julie semakin rapat. Dan Julie juga semakin jauh dgn keperibadiannya yang dl. Mereka bagaikan kekasih yang tidakboleh dipisahkan. Aku bersyukur sgt tapi malangnya Romi tidak benarkan Julie raoat dgnku lg.. Aku pasrah...
8 thn mereka bercinta, kuasa Allah.. Kita hanya merancang.. Mereka tiada jodoh bersama. Ada sesuatu berlaku pd perhubungan mereka. Mereka berpisah. Kini Romi telah pun berumahtangga dgn wanita yang bekerja 1 ofis dgnnya. Tapi Julie masih mencari cinta sejati sehingga kini.
Dan aku dan Romi hanya tinggal kenangan.. Tapi aku x pernah lupa pdnya dan kenangan kami.
U sahabat i.. U jugak yg ajar i ttg cinta dan seagalanya.. Terima kasih..
Julie, walaupun kita tidak seakrab dl namun kau tetap sahabatku dunia akhirat..

Cinta & Sahabat

Cinta dan Sahabat.. Adakah dua perkara ini boleh berlaku dgn serentak? Bagaimana pula ada sepasang kekasih tapi salah sorg dr pasangan tersebut mempunyai sahabatnya sendiri. Dan adakah berkemungkinan persabahatan tidak bertukar dgn rasa cinta.
Ya.. aku pernah mengalaminya di suatu ketika dahulu. Aku adalah sahabat pada sepasang kekasih. Kedua2nya aku sgt rapat. Biarlah aku gelarkan mereka Romi n Julie. Aku ngn Julie adalah sahabat yang paling akrab. Ramai rakan kami cemburui persahabatan kami oleh kerana Si Julie adalah seorang pelajar pintar manakala aku hanya pelajar yang biase2 je. Namun Julie tidak memilih kawan malah aku juga tidak mengambil kesempatan diatas kepandaian si Julie. Satu hari, si Julie menerima nota dimana ada seseorg yang ingin berkenalan dgn lebih dlm. Nota tersebut adalah drpd Si Romi. Si Julie bukanlah seorg yang cepat melatah dan die sendiri pernah berjanji tidak akan bercinta sewaktu belajar. Penangan kuasa Cinta pasti akan menembusi rasa ego seseorg. Si Julie mula rasa perubahan pd dirinya iaitu Ingin Rasa Bercinta dan Dicintai. Si Romi dtg tepat pd waktunya namun ada lg jejaka Hero yg ingin menembusi cinta Si Julie. Si Julie skali lg rase buntu samada ingin menerima cinta Si Romi atau Si Hero. Aku sbg sahabat memainkan peranan. Aku terlalu mengenali Si Hero. Kami pernah rapat sewaktu ketika kerana die juga bekas kekasih temanku yg lain. Aku hanya berkata cubalah rasa cinta dr Si Romi kerna aku tau Julie juga punya rasa cinta pd Si Romi.
Akhirnya, mereka bercinta. Dan kami bertiga rapat. Tapi mereka bukanlah seperti pasangan bercinta yang lain, keluar bersama, dating, tgk movie, mkn ice cream semua tu tidak berlaku kerana Si Julie bukanlah seorang remaja yang bebas. Si Julie terikat dgn keluarganya yang terlalu mementingkan agama, batasan dan pelajaran. Jadi, masa bercinta Si Romi byk melalui aku. Aku dan Romi sentiasa bersama x kira waktu. Romi bebas keluar dgn aku malah kami setiap masa berhubung bagai sepasang kekasih yang tidak boleh dipisahkan. Namun, aku ngn Romi sentiasa menjaga batasan kami dan menghormati Si Julie. Aku juga tiada perkara yang perlu disembunyikan pada Julie malah Julie mengizinkan aku menemani kekasihnya kerana die tidak punya waktu utk kekasihnya. Pernah suatu hari, si Julie mempunyai peluang utk berjumpa si Romi. Aku pula memberi peluang utk tidak bersama mereka namun niatku tidak diterima Romi. Dia ingin aku bersama mereka. Ya, aku keluar juga akhirnya. Bila mereka berjumpa, aku rasa mereka terlalu janggal. Aku minta mereka berdua berjalan bersama manakala aku hanya mengekori mereka tapi Romi skali lg tidak menginginkan malah memegang tgnku dibelakang. Ohh tidakk!! Aku rase berdosa dan bersalah ketika itu. Bila mlm menjelma, seperti hari2 biasa Si Romi akan menghubungiku. AKu marah pdnya kerana tindakan di siang hari. Dia terima kemarahan aku. Lalu die berkata, "walau ape pun terjadi I nak U ada disisi I. Even I ngan Julie bersanding, I nak juga U di sisi I"... Itulah ayat Romi yang aku masih pegang ketika ini. Aku ngn Romi tidak pernah berbicara mengenai hati kami walaupun pada ketika itu aku mengaku aku jatuh cinta padanya. Maaf Julie.. Tapi aku x tau apa yang Romi rasa pd aku. Hanya die slalu kata die rindukan aku. Romi cintakan Julie tapi Romi tetap mahukan aku bersamanya. Apakan makna semua itu???

Friday 18 February 2011

My Lil Sis

Agak lama x entry blog nih.. Da janji nak upload gambo2 mase CNY tapi idak berkesempatan atas kesibukan yg melanda diriku. Cewahh!! hehe tp serius mmg sibuk. Balik umah da penat. FB pun layan kejap2 je.
Ok guys, ape yg buat sy nak berblogging ini mlm adalah nak citer sket pasal satu2nya adik perempuan sy. Kami 2 bradik je. Perbezaan umur kami pun agak jauh. 8 thn beza. Kami boleh dikatakan agak rapat. Masing2 memerlukan 1 sama lain. Kami jarang jumpa sbb keje. Kdg2 weekend pun die kene keje. Tapi kami pasti akan berjumpa dlm sebulan and lepaking berdua. Walaupun org tgk cara kami bercakap kasar tapi sbnrnye inila cara kami. Bila kami ber2 lain perwatakannya. Dan kami akan bercerita kisah masing2. Ada masa kami akan hangout ber2 g shopping, tgk movie n mkn2.
Baru2 ini, my sis nih asyik demam je. Rupa2nya die disahkan kene batu karang. Aduhai muda lagi. Asik tahan kencing. And doc soh die buang batu karang tu cara laser dan dlm masa tu gak die xleh mengandung. Plan nak buat operation tu lepas bln 2 nih sbb our parent nak g india. Pas je diorg balik india, my parent n my sis nh g la refer balik kat ampang putri specialist. Tup2 dpt penyakit lain plak. Katanya batu karang da xde. So alhamdulillah tapi ade cycst plak but too small. So doc soh tgu another 6 wks. At the same time, sis kene amek darah. Klau ade effection lain, baru plan lain. Ntah laa x paham la. Yg pastinya, aku x sanggup tgk die dlm kesakitan.
Yes, die sorg je adik aku. Ape pun berlaku pd die aku sanggup bersusah bersama. Dan aku amat pantang org berkata yg buruk pd adik aku. Sbb org x knal die in person. Org yg rapat dgnnya akan paham dan tau die mcm mana. Dia sgt caring. Trust me.. Dan aku tau mak ayah aku paling syg pd die. Cuma adik aku nih jarang nak mengeksprestasikan (btul ke ejaan ni) perasaan die.
Apepun.. dia la adik kesayangan aku.. Ieka Zalyka a.k.a NUR ZALIKHA BINTI MAT JUSOH

Tuesday 1 February 2011

Cuti-Cuti CNY

Yeayyy.. esok cuti selama 4 hari. Mood cuti k.. Nanti kite upload gambo kite g bercuti ke bukit merah and penang. Sebenarnye, da biase pun pegi bukit merah and penang tu apatah lg dl sekolah pun dekat gunung semanggol. Gunong semanggol adalah jiran terdekat ngn bukit merah. Dl nak g klinik, kene g bukit merah. Jalan kaki 20 minit je dr sekolah. Tp yang menjadi exited bebenor sgt, adalah pegi ngn family my mom. Wahhh!! dah lama sgt x wat family gathering. Last buat 2 thn lepas rasanya dekat bukit tinggi. Mase tu arwah nenek ade lg. Kali nih pegi tanpa dirinya.. ermm rindu sgt.. And die paling ske g bercuti. Mak, kemana saja kami pegi, tidak penah lupa akan dirimu Mak. Al-Fatihah!

HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!