Friday 21 January 2011

Guilty

Jarang skali aku menolak pelawaan org tue ku pergi kemana2. Walaupun aku telah bergelar isteri, aku masih mengikuti org tueku kemana sahaja atas beberapa sebab. Walau ape pun sbbnya, bersama mereka lah sentiasa membuat aku rasa tenang dan selamat. Kadang2 aku sendiri lupa yang aku telah bergelar isteri kerana mereka sentiasa melayaniku seperti anak yang belum berkahwin. Aapa sahaja kemauhanku sentiasa dituruti. Bukan kerana kebendaan yang menjadi kesenanganku tapi bersama mereka lah bagiku kehidupan menjadi lengkap. Sayang, aku masih belum mampu memberi mereka cucu. Aku tau mereka terlalu menginginkannya tapi mereka tidak pernah mendesakku malah memahami keadaanku.

No comments:

Post a Comment