Saturday 26 February 2011

Cinta & Sahabat

Cinta dan Sahabat.. Adakah dua perkara ini boleh berlaku dgn serentak? Bagaimana pula ada sepasang kekasih tapi salah sorg dr pasangan tersebut mempunyai sahabatnya sendiri. Dan adakah berkemungkinan persabahatan tidak bertukar dgn rasa cinta.
Ya.. aku pernah mengalaminya di suatu ketika dahulu. Aku adalah sahabat pada sepasang kekasih. Kedua2nya aku sgt rapat. Biarlah aku gelarkan mereka Romi n Julie. Aku ngn Julie adalah sahabat yang paling akrab. Ramai rakan kami cemburui persahabatan kami oleh kerana Si Julie adalah seorang pelajar pintar manakala aku hanya pelajar yang biase2 je. Namun Julie tidak memilih kawan malah aku juga tidak mengambil kesempatan diatas kepandaian si Julie. Satu hari, si Julie menerima nota dimana ada seseorg yang ingin berkenalan dgn lebih dlm. Nota tersebut adalah drpd Si Romi. Si Julie bukanlah seorg yang cepat melatah dan die sendiri pernah berjanji tidak akan bercinta sewaktu belajar. Penangan kuasa Cinta pasti akan menembusi rasa ego seseorg. Si Julie mula rasa perubahan pd dirinya iaitu Ingin Rasa Bercinta dan Dicintai. Si Romi dtg tepat pd waktunya namun ada lg jejaka Hero yg ingin menembusi cinta Si Julie. Si Julie skali lg rase buntu samada ingin menerima cinta Si Romi atau Si Hero. Aku sbg sahabat memainkan peranan. Aku terlalu mengenali Si Hero. Kami pernah rapat sewaktu ketika kerana die juga bekas kekasih temanku yg lain. Aku hanya berkata cubalah rasa cinta dr Si Romi kerna aku tau Julie juga punya rasa cinta pd Si Romi.
Akhirnya, mereka bercinta. Dan kami bertiga rapat. Tapi mereka bukanlah seperti pasangan bercinta yang lain, keluar bersama, dating, tgk movie, mkn ice cream semua tu tidak berlaku kerana Si Julie bukanlah seorang remaja yang bebas. Si Julie terikat dgn keluarganya yang terlalu mementingkan agama, batasan dan pelajaran. Jadi, masa bercinta Si Romi byk melalui aku. Aku dan Romi sentiasa bersama x kira waktu. Romi bebas keluar dgn aku malah kami setiap masa berhubung bagai sepasang kekasih yang tidak boleh dipisahkan. Namun, aku ngn Romi sentiasa menjaga batasan kami dan menghormati Si Julie. Aku juga tiada perkara yang perlu disembunyikan pada Julie malah Julie mengizinkan aku menemani kekasihnya kerana die tidak punya waktu utk kekasihnya. Pernah suatu hari, si Julie mempunyai peluang utk berjumpa si Romi. Aku pula memberi peluang utk tidak bersama mereka namun niatku tidak diterima Romi. Dia ingin aku bersama mereka. Ya, aku keluar juga akhirnya. Bila mereka berjumpa, aku rasa mereka terlalu janggal. Aku minta mereka berdua berjalan bersama manakala aku hanya mengekori mereka tapi Romi skali lg tidak menginginkan malah memegang tgnku dibelakang. Ohh tidakk!! Aku rase berdosa dan bersalah ketika itu. Bila mlm menjelma, seperti hari2 biasa Si Romi akan menghubungiku. AKu marah pdnya kerana tindakan di siang hari. Dia terima kemarahan aku. Lalu die berkata, "walau ape pun terjadi I nak U ada disisi I. Even I ngan Julie bersanding, I nak juga U di sisi I"... Itulah ayat Romi yang aku masih pegang ketika ini. Aku ngn Romi tidak pernah berbicara mengenai hati kami walaupun pada ketika itu aku mengaku aku jatuh cinta padanya. Maaf Julie.. Tapi aku x tau apa yang Romi rasa pd aku. Hanya die slalu kata die rindukan aku. Romi cintakan Julie tapi Romi tetap mahukan aku bersamanya. Apakan makna semua itu???

No comments:

Post a Comment