Tuesday 12 July 2011

Pregnant???

Seperti yang korg tau, aku da kawen lebih dr 7 thn. Dan masih belum bergelar ibu, mak, mommy, mama or umi. Aku sentiasa menyembunyikan perasaan yang aku terlalu inginkan anak kandungku sendiri. Ianya bermula selepas 3 tahun perkahwinanku. Aku terlalu bersikap optimist dalam hal ini kerana aku takut stress dan pressure. Aku dah pernah membuat pemeriksaan di hospital. Selepas genap sthn perkahwinan ku lg aku da buat check up. Aku sgt menjaga dan bersedia utk mengandung. Masalah aku adalah haid yang tidak teratur. Maka pihak hospital sentiasa membekalkan aku ubat Duphaston (klau btol la ejaannya) iaitu mkn ubat ini selama 21hari setiap pagi dan malam. Berhenti selama 7 hari dan sambung lg mkn sebyk 3x pusingan. Memandang aku juga mengalami berat badan berlebihan kire obesiti laa so aku juga dinasihatkan utk berdiet. Dulu aku tidak la segemuk skrg sampai obes. Mkn duphaston nih jugak akan menyebabkan korg rase lemah dan berat. Period aku teratur bila aku mkn duphaston tapi masalahnya aku jadi lemau dgn mkn duphaston. Selama 2 thn aku dok mkn duphaston. Sehingga 1 tahap aku da malas nak mkn. And aku wat tak tau je ngn period aku. Bila stop mkn duphaston period aku pun kembali operasi mcm dulu agak2 die dtg die dtg laa.. Agak2 die xnak dtg, 3 bulan gak la aku x period. Tapi yang bestnya, setiap kali bulan puasa, period aku dtg. Tu tandanya aku kene berdiet.
2 thn jugak la aku stop buat check up. Pd thn lepas rasanya, dgn tiba2 aku kene appendix. Aku kene operate beb.. lepas je buang organ saki baki perut aku tuh, aku ditahan la wad selama 4 hari. Masa tu hospital bukak record aku ttg masalah mengandung aku nih. Dan aku dikehendaki sambung balik check up. So aku pun sambung la balik. Bila aku da sambung balik, ade la 2-3 kali check up sampai 1 part yang sepatutnya aku jumpa doc perempuan nih tp dlm record kata xde. Maka aku kene jumpa doc sang lelaki. Korg cuba bayangkan, dah la kene jumpa doc lelaki gara2 doc perempuan yg sepatutnya aku jumpa xde. Klau nak jumpa lg kene dtg balik selepas 3 bulan. Check up plak 3 bulan skali. pastu doc lelaki nih plak hanya baca record aku dlm system. Dan die dgn sendiri buat andaian itu dan ini. Aku jadi x ikhlas hari tu. Dan aku sgt2 emosi. Dia hanya mengikuti perkembangan aku dgn membaca record dlm sistem pastu tanya soalan yg sama yang pernah ditanya oleh doc yg sepatutnya aku refer. Adakah 3 bulan akan dtg aku kene menhadapi perkara yang sama bila aku dtg check up??? Dan ade sesuatu yang terjadi kepadaku dgn doc terbabit. Tapi biarlah rahsia. Kerana aku sendiri rase malu. Yang pastinya kata2 die sgt la menyusuk kalbu aku. Aku keluar aje dr hospital aku menangiss meraung. Aku x bleh terima semua tu. Diperlakukan dan diperkatakan amat la pedih. Yes, dia hanya memeriksa aku tapi die bukan doc yang refer aku sebelum ini dan die tidak seharusnya memeriksa alat sulit aku. Dia sendiri mengaku die hanya doc sandaran. Dan kata2nya amat pedih. Setelah itu, aku nekad utk tidak mengulangi pemeriksaan lg. Aku hanya berserah.
Aku juga bersyukur kerana org sekeliling aku tidaklah terlalu memperkatakan hal aku. Malah mereka sentiasa memberi ayat peransang.
"Xpe.. insyaAllah ade.."
"Eh rase mengidam laa nak mkn... Haa nih ira kot mengandung.."
" Bila nak ngndung nih, x sabar la nak anak buah.." "Eh kan anak kaklong (my cousin) ade.." "Xnak.. nak anak dr kakyong (me)"
Aku rasa sayu dgn kata2 mereka. Seolah2 mereka juga mengharap aku mengandung. Itu da cukup semangat buat aku.
Aku mengaku.. aku ingin membelai anak2 aku sendiri. Aku terlalu menginginkannya. Tapi aku belum dikurniakan rezeki yang sebegitu. Ya Allah..

No comments:

Post a Comment