Sunday 27 March 2011

Penat tapi best

Hari ini adalah majlis berlangsungnya persandingan anak sepupu mak aku, CMP anaknya Sheila di dewan komuniti manjalara. Aku ditugaskan memberi lauk bersama ngn maid andak aku. Sambil hidang sambil makan. Hahaha... Boleh dikatakan seluruh family mak aku turun berkerjasama dalam majlis ini. Kami bagai 1 team keluaga yang mesra. Pdhal klau nak ikutkan family sebelah mak aku ini (sebelah atuk) jarang mesra dan berjumpa. Tapi CMP nih la yang menjadi nadi penghubung dan penyatuan seluruh keluarga sebelah atuk. Tu yg majlis ini dirai dan sambutan sangat meriah. Kami semua menjalankan kerja dengan baik dan yang paling penting ukhwah yang dibina menjadi erat. Aku pun x sangka aku da ada anak buah yang ramai dan besar2 belaka. Tapi deme idak ler manggil aku 'makyong' atau anak buah yg ada biasa panggil aku 'mummy yong'. Ah x kisah la tu sume. Janji kenal sedara.
Mak ayah aku plak menjadi penyambut. Kira salah sorg org kuat majlis nih jugak lah. Tp x ramai yg diperkenalkan sedara kat aku. Biasanya aku akan diheret sama supaya kenal sedara. Tapikan aku ade keje. hehe
Masa berlalu ke petang. Majlis pun berakhir. Yg tinggal sume sanak sedara terdekat bagi sesi bergambar. Keje akupun da abes. Kami pun dok sembang2.
Ramai gak la sedara2 sebelah mak aku ni yg anggap aku nih x kawen lg. Ahakss ade rupe org x kawen ke atau muke x laku? Cittt!! Tapi bila aku ckp yg aku da kawen 7 thn sume terkejut. soklan seterusnya mesti la anak beb.. Bila aku ckp blom ada rezeki ramai yg bg positif komen. Aku ok jer..
Nih ada 1 part. Ada seseorg yg memehatikan aku kot. Sbb die kata aku ngn hb aku nih loving couple. Hahaha.. klakar je. Tapi alhamdulilah la kan. Yg dok perhatikan aku nih adalah anak buah aku. Tapi da beso la beb. Bila aku ckp aku da kawen 7 thn die sgt impress. Dia perhatikan kami sejak dari sheila bertunang lg. Aku pun x ingat sebenarnye. Dia pk kan yg kami nih baru kawen. Pdhal da lama daa.. So aku pun td hanya sekadar cerita biasa la. Pkr nih mmg lama tau. Hahaha.. Kami mmg nampak loving n romantis. Thanks la yer.. Doakan yg terbaik buat kami je.. Amin
Balik umah je apalg letak kepala kat bantal then krooohhhh krohhh... hehehe

No comments:

Post a Comment